Tuesday, May 09, 2006

BIODATA DATOK


BIODATA DATUK
Che Hassan bin Che Abu bin Raja Salim

Beliau dilahirkan sekitar tahun 1912 di negeri kelantan darul naim. Terdapat sejarah yang diceritakan sendiri oleh datuk kepada kami sekeluarga sebelum ini, beliau berasal daripada keluarga diraja Perak. Dimana terdapat 9 beradik yang berebut tanah di kawasan negeri Perak, namun pertelingkahan ini membawa pertelingkahan yang serius. Ini menyebabkan Che Salim iaitu datuk kepada Che Hassan terpaksa berpindah ke Kelantan dengan gajah dari Perak (Dari bapa saudara, Mohd Baijuri Che Hassan). Che Salim atau nama asalnya adalah Raja Salim. Walaubagaiamanapun setelah berpindah, nama Raja ditukar kepada Che sahaja. Tindakan ini dibuat di atas beberapa sebab iaitu supaya orang tidak mengenali mereka.

Datuk mempunyai seramai sembilan adik beradik. Sehingga kini, hanya datuk sahaja yang masih hidup dan yang lain semuanya meninggal dunia. Diceritakan oleh datuk pernah kakaknya memakan rebung buluh betung. Setelah dimakan satu penyakit ganjil telah terkena pada kakanya sehingga hampir membawa kepada ajalnya. Datuk mempunyai satu kegemaran yang amat aku respect iaitu suka mendengar kuliah agama. Setiap pagi jumaat datuk tidak akan ketinggalan dalam mengikuti kuliah jumaat.

Satu-satunya hasrat yang aku rasa sehingga kini tidak dapat dicapai oleh datuk ialah untuk pergi berjumpa saudara-maranya di negeri Perak di kawasan Kota Lama. Aku pun tahu kat mana. Dari mulut datuk sendiri mengatakan anak saudaranya yang rapat ngan orang di Perak pun telah meninggal dunia..
Sejarah yang pernah dilalui oleh Che Hassan, datukku......
Terserempak dengan harimau
Satu peristiwa yang tak dapat kami sekeluarga lupakan ialah ketika datuk menceritakan beliau kisah ketika beliau terserempak dengan harimau. Kisahnya begini. Datuk sedang menoreh getah di Bukit, tiba-tiba terdengar bunyi bising daripada arah belakang beliau iaitu bunyi binatang berlari ke arah beliau. Apabila ditoleh ke belakang beliau melihat seekor babi sedang berlari ke arah beliau. Datuk panik dan mendepakan tangan beliau ke%