Monday, August 25, 2008

Celik Parlimen

Salam Ramadhan Al-Mubarak,

POLITIK SEMASA

Hari ini PRU Kecil Permatang Pauh lebih hangat daripada ISU KEMERDEKAAN. Kemenangan di Permatang Pauh bakal menatijahkan beberapa impak besar kepada BN dan juga PR.

Jika BN menang di Permatang Pauh, mereka akan memperolehi keuntungan yang cukup lumayan. Mereka akan berjaya melenyapkan terus mimpi penubuhan Kerajaan dalam Pakatan Rakyat. BN juga akan dapat menyekat kemaraan Anwar dan cita-cita besarnya.

Kemenangan Anwar di Permatang Pauh juga bakal memberi impak yang besar kepada PR. Jika Anwar menang, PR akan semakin bersemangat menjayakan matlamat mereka menubuhkan kerajaan yang dijangka pada 16 September ini.

BUTA PARLIMEN

Saya bukan ingin memfokuskan kepada isu ini, sebaliknya ingin membawa anda kepada Parlimen Malaysia. Tahukan anda apa itu PARLIMEN? Mungkin kita biasa melihat PARLIMEN pada duit 50sen lama. PARLIMEN yang setakat kita tahu ialah tempat orang-orang politik berdebat dan sebagainya.

Dulu orang bercerita perihal BUTA HURUF, kini saya bercerita berkaitan BUTA PARLIMEN. Saya tidak menujukan gelaran ini kepada anda sahaja, saya juga turut termasuk dalam kelompok BUTA PARLIMEN!

Oleh sebab itulah saya mempromosikan CELIK PARLIMEN! Kita sebagai anggota gerakan ISLAM sewajibnya mengetahui selok belok parlimen hari ini, bukan hanya terletak tanggungjawab kepada ahli parlimen sahaja. Kita juga wajib mengambil tahu dan ambil peduli.

Kenapa saya berkata demikian, dalam Negara demokrasi di Malaysia, PARLIMEN merupakan tempat pemutusan undang-undang Negara. Di situlah pokok pangkalnya segala undang-undang dilluluskan, ditolak, dipinda dan sebagainya. Memang cukup penting!

SERUAN

Saya menyeru semua pembaca untuk mengambil tahu perjalanan parlimen. Paling kurang dapat mengetahui perbahasan semasa. Jika ada idea boleh sumbangkan kepada ahli-ahli parlimen kita.

Perbahasan untuk sesi ketiga kali ini ialah Pindaan Akta DNA dan Akta Universiti & Kolej Universiti.

PENUTUP

Sudah sampai masanya kita mengambil peluang daripada kemenangan ini untuk menyiapkan segenap mungkin persiapan. Inilah agenda yang mesti diterapkan untuk mengisi kemenangan iaitu CELIK PARLIMEN!

Puisi : Antara 2 Jalan

Salah satu kegemaran saya ialah mencipta puisi;
Hayatilah puisi di bawah ini :

ANTARA DUA JALAN
Antara dua jalan
Ada jalan yang lurus
Ada jalan yang bengkangInsan diberi pilihan
Di sepanjang perjalanan
Antara dua jalan
Allah mengutus utusanBuat pedoman bagi semua insan
Menilai mana yang amanSelamat dan mendapat panduan
Antara dua jalanJalan kiri dan
Jalan KananLurus dan bengkakJalan benar atau jalan syaitan
Jalan ke syurga ataupun jalan ke jahannamSemua terpampang pada insan

Antara dua jalan
Ramai yang menyimpang
Memilih jalan yang lenang
Dipandu syaitan dan teman-teman
Jahannam dilihat syurgaHati tiada ingat padaNya

Antara dua jalan
Ada insan tetap berimanTetap memilih akan kebenaranWalau disiksa dan dipulaukan
Mereka tetap berada atas panduan
Al-Quran dan Sunnah jadi ikutan
Rasulullah SAW jadi pimpinan
Dengan nyawa mereka pertahankan

Antara dua jalan
Tuhan sudah memberi jaminan
Yang beriman tetap mendapat keamanan
Di dunia mereka mendapat pertolongan
Di akhirat mendapat naungan
Yang kufur akan mendapat pembalasan
Di dunia mereka beroleh kesenangan
Di akhirat dimasukkan ke dalam jahannam

Antara dua jalan
Hati-hati buat pilihan
Tersilap langkah penyesalan berkekalan
Tiada lagi peluang buat amalan
Tuhan sudah membuat keputusanSedarlah kita dalam perjalanan
Jangan alpa dengan kesenangan
Agar selamat di akhir perjalanan.

Muhammad Amin bin Hj Che Hassan bin Hj Abdul Rahman al-Kalantani6 Muharram 1429 bersamaan 15 Januari 2008 hari Selasa di Yokogawa.

Tuesday, August 19, 2008

PANDANGAN TERHADAP CADANGAN YB NG YEN YEN

PANDANGAN TERHADAP CADANGAN YB NG YEN YEN

‘Slot pendidikan seks akan diperkenalkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada sesi Januari 2009, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen.Beliau berkata modul pendidikan itu akan dilaksanakan melalui slot khas selama 10 jam di setiap kem PLKN, lapor Bernama.’

SECARA PENDAPAT PERIBADI SAYA, KITA BOLEH MENERIMA SLOTS PENDIDIKAN INI TETAPI DENGAN BEBERAPA SYARAT;

1. 1.TERMS PENDIDIKAN SEKS DIUBAH KEPADA PENDIDIKAN KEKELUARGAAN [1].

2. 2.MODUL YANG HENDAK DILAKSANAKAN MESTILAH DIPERBAHASKAN DI DALAM DEWAN RAKYAT SECARA TELUS[2].

3. 3.MODUL INI YANG DIPERSETUJUI OLEH SEMUA PIHAK JUGA MESTILAH DITERAPKAN DI PERINGKAT AWAL [3].

NOTA KAKI

[1] Terms ini dipilih apabila YB NG YEN YEN banyak menyentuh persoalan kekeluargaan seperti kenyataannya “Ng berkata kementeriannya bercadang menubuhkan unit tugas khas untuk mewujudkan "modul kebapaan" bagi mengkaji peranan lelaki dalam keluarga dan membantu mereka menghadapi tekanan hidup serta mengawal emosi.

Juga kenyataan YB NG YEN YEN “Skop pengajaran modul itu yang dikenali 'Self Preservation, Self Protection and Self Determination' merangkumi nilai individu dan keluarga, pemahaman perubahan struktur badan secara fizikal (mengikut gender) dan emosi.

[2] Kami bersetuju dengan pandangan PKPIM dan GAMIS. Kedua-dua persatuan ini berharap kerajaan mengambil berat soal kandungan modul itu. Mereka meminta kerajaan menyerapkan elemen-elemen agama dan perundangan Islam dalam modul yang bakal diperkenalkan. Gamis berpendapat, modul yang mahu diperkenalkan itu hendaklah memfokuskan kepada penyelesaian masalah sosial generasi muda.


[3] Setiausaha dewan itu Aiman Athirah al-Jundi berkata, program yang cuba diperkenalkan oleh Dr Ng itu "tidak kena dengan tempat dan masanya". Keadaan pelatih PLKN di dalam hutan dan jauh daripada keluarga, jelasnya, boleh mendorong ke arah aktiviti seks di kalangan pelatih.
Beliau sebaliknya mencadangkan kerajaan memperkenalkan pendidikan seks sebagai elemen tambahan subjek-subjek
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sejak di sekolah rendah lagi apabila pelajar mula "datang haid dan akil baligh'.
"Mungkin (usia murid) sembilan atau 10 tahun. Orang sekarang cepat matang," katanya.
Aiman menambah, sebelum memperkenalkan pendidikan seks di PLKN, kerajaan perlu mengadakan kajian terperinci melibatkan banyak pihak merangkumi ilmuan agama, ahli psikologi, ahli sosiologi, dan ahli sains. "Modul itu, jika diadakan juga, mungkin beberapa masalah akan timbul," katanya, antaranya kemungkinan timbul seks bebas dalam kalangan peserta kem.

Rujukan :

http://malaysiakini.com/news/88032

http://malaysiakini.com/news/88058


PRU 12 : Di mana kedudukan ISLAM?


Terkini

Saya menyambung kembali tajuk ini yang disiarkan sebelum ini di dalam blog saya. Tertarik dengan penekanan Presiden PAS di dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS 54 yang berbunyi ;

“PAS wajib bermuhasabah sejauh mana Islam berperanan dalam mengisi

kemenangan ini. Maka tidak ada apa-apa faedah sekiranya Islam tidak diberi apaapa peluang untuk melaksanakan tugasnya yang adil untuk semua.

Sabda

Rasulullah s.a.w.; Islam itu berada ditempat yang tinggi jangan ada yang mengatasinya”.

Saya juga amat teruja kerana kempen PAS FOR ALL telah menjadi tema ucapan dasar presiden tahun ini. Dan pada masa yang sama di dalam ucapan pemuda menekankan ISLAM FOR ALL dan ISLAM FOR PEACE.

Sesungguhnya muktamar kali -54 ini memberi nafas baru di dalam denyut perjuangan PAS.

Entry saya sebelum ini :

PRU 12 telah beberapa minggu berlangsung. Ada yang gembira dan ada yang sedih. Semalam saya berkesempatan hadir ke program Himpunan Rakyat di Stadium Malawati anjuran PAS Selangor.

Sebelum ini, jika program PAS orang China ataupun India jarang kelihatan. Khususnya mereka yang bukan Islam. Kempen PAS FOR ALL nampaknya memberi kesan yang ketara dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS.

Tajuk entry saya kali ini ialah "PRU 12 : Di mana kedudukan Islam?" Saya bukanlah penganalisis yang begitu cerdik yang boleh memberi pandangan kritikan yang bagus. Namun saya rasa tidak salah untuk menyuarakan tajuk ini untuk dibahaskan.

Selepas episod PRU 12, sejauh manakah masyarakat orang Melayu Islam memahami Islam yang ingin ditampilkan oleh PAS mahupun UMNO. Semenjak 50 Tahun, Orang Melayu Islam di Malaysia telah dipaparkan bahawa ulama Islam tidak mampu mengurus negara. Islam tidak mampu mentadbir negara yang mempunyai masyarakat majmuk (Melayu, China, India dan lain-lain)

PAS sudah sekian lama berhasrat menubuhkan NEGARA ISLAM. Setiap kali dalam ceramah, penceramah PAS sentiasa membangkitkan soal Negara Islam. Tetapi pada tahun PRU 12 kali ini, PAS telah membawa misi baru iaitu NEGARA KEBAJIKAN.

UMNO di bawah kepimpinan Pak Lah telah memperkenalkan ISLAM HADHARI.

Ironinya, setelah PM kita Pak Lah memperkenalkan Islam Hadhari (PM sebelum itu Mahathir menggesa penggunaan Islam diharamkan dalam persatuan dan sebagainya), orang Melayu Islam, China dan India masih samar-samar dan tidak dapat menghayatinya secara menyeluruh.

Siapakah yang lebih ikhlas dalam penghayatan Islam? UMNO atau PAS? Persoalan ini wajib dijawab dengan seikhlas mungkin. Jika UMNO lebih ikhlas apa buktinya? Jika PAS lebih ikhlas apa buktinya?

UMNO dan PAS sepatutnya bukan menganalis kejayaan dalam PRU 12 semata, bahkan sepatutnya memberi penekanan di mana kedudukan Islam dalam pandangan masyarakat Malaysia.

Orang China dan India sepatutnya diberi ruang yang lebih luas untuk memahami ISLAM. Apakah ciri keadilan ISLAM dan sebagainya. Tidak dinafikan sebelum ini sudah banyak seminar diadakan melibatkan orang China dan India, namun di mana laporan analisisnya.

Islam adalah solusi terhadap masalah di Malaysia sekarang. Bukan sekular bukan yang lain. ISLAM ada penyelesaiannya. ISLAM tidak mengutamakan bangsa, ISLAM agama sarwajagat.

ISLAM telah membuktikan ketamadunannya tersendiri. Sejarah telah mencatatkan kemenangan demi kemenangan jika suatu kelompok menghayati Islam sedalam-dalamnya. Jika ingin menjadikan ISLAM sebagai solusi, kembalilah kita bersama kepada al-Quran dan as-Sunnah.

PRU 12 telah berlangsung. Peluang terbuka luas untuk para pendakwah mendekati non muslim dari China dan India. Mereka perlu diberi penjelasan yang secukupnya untuk memahami apa itu ISLAM.

Selain itu, umat Melayu Islam juga wajib diberi pemahamam yang jelas terhadap ISLAM. ISLAM bukan bermakna atas nama sahaja, bahkan mesti dihayati dalam kehidupan seharian bermula dari sekecil-kecil perkara sehingga mentadbir negara dan dunia.

Selepas PRU 12 PAS mahupun UMNO mestilah muhasabah diri masing-masing. Selepas PRU 12 di manakah kedudukan ISLAM?

Rakyat Islam di Malaysia sepatutnya tahu siapakah yang lebih ikhlas dalam penghayatan ISLAM. PAS ataupun UMNO?

*Secebis pendapat daripada hamba yang dhaif*